Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

MAJLIS MEMBACA SURAH YAA SIIN, TAHLIL DAN MUNAJAT

​Khamis, 15 Syawal 1445H bersamaan 25 April 2024M

Jabatan Kemajuan Perumahan dengan kerjasama Divisyen Penyelarasan Polisi dan Perancangan Strategik, Kementerian Pembangunan telah menyelenggarakan Majlis Membaca Surah Yaa Siin, Tahlil dan Munajat bagi Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya, yang diadakan di Surau Kementerian Pembangunan.

Munajat 1.jpg 


Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Mulia Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan. Turut hadir Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan dan Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan, Ketua-Ketua Jabatan dan Divisyen, pegawai-pegawai kanan serta pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Munajat 3.jpg 


Acara dimulai dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh tetamu kehormat diikuti dengan bacaan Surah Yaa Siin dan Tahlil serta Doa Tahlil dan Doa Munajat. Doa khas bagi memohon perlindungan dan keselamatan untuk Negara dan Rakyat Palestin juga turut dibacakan. Acara diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dan Selawat Tafrijiyyah.

Attachments